Sunday, July 25, 2010

Salam Ukhwah.

Assalamualikum w.b.r.t kepada semua warga ISDEV, salam ukhuwah kepada semua terutama sekali kepada pensyarah, Prof. Muhamad Syukri Salleh, Dr. Sukainah Ahmad, Dr. Mohammad Zaini Abu Bakar, Dr. Zahri Hamat, Ustaz Mohd Syukri Hanapi serta pensyarah-pensyarah ISDEV yang lain. Alhamdulillah, akhirnya blog ini dapat saya siapkan. Harapan saya supaya segala ilmu yang diperolehi dalam pembelajaran saya sebagai pelajar MISDEV dapat saya manfaatkan untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Bagi saya Program di MISDEV sangat unik kerana ianya bukan sahaja menekankan aspek duniawi, malahan aspek ukhrawi juga sangat dititikberatkan, saya rasa apa yang telah saya cari selama ini sudah dijumpai..Alhamdulillah. Saya berharap semua warga ISDEV10 dapat memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada saya jika saya ada melakukan sebarang kekhilafan sepanjang pembelajaran saya disini. InsyaALLAH..semoga kita semua dibawah rahmatNYA.

1 comment:

  1. Alhamdulillah, amat indah sekali ayat-ayat ini. Semoga ukti Nurul Huda memperoleh apa yang dicari-cari selama ini.

    ReplyDelete